index

 welcome       sejarah komputer       bahasa isyarat        biodata       hobi

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI GE1153 SESI 2007/2008

 

INFO KHAS

 

   

Pengenalan Kepada Komputer

 

Dalam bab ini, para pelajar akan diperkenalkan dengan komputer bagi memudahkan lagi sesi pengajaran.

 

CPU (Control Processing Unit) (atas)

            CPU pada komputer peribadi terbahagi kepada dua bentuk, sama ada Desktop atau Tower. Desktop CPU adalah CPU yang berbentuk empat segi dan lebar, di mana Monitor diletakkan di atas CPU tersebut. Manakala Tower CPU pula ialah jenis yang biasa digunakan sekarang ini, di mana CPU tersebut berbentuk empat segi dan panjang. CPU laptop pula terletak di bahagian dalam laptop tersebut.

            CPU merupakan unit yang mengawal semua jenis proses yang akan di lakukan oleh sesuatu komputer. Dalam bahagian inilah terletaknya segala perkakasan komputer seperti ingatan, CDROM, Mother Board, Pemproses dan sebagainya.

 

MONITOR. (atas)

            Monitor berbentuk empat segi. Kelihatan seperti sebuah TV pada Komputer peribadi. Pada laptop pula, monitor merupakan bahagian atas laptop yang mempunyai skrin paparan.

Monitor berfungsi untuk memaparkan semua aktiviti yang di lakukan oleh komputer. Fungsinya adalah sama seperti TV.

 

 

ON / OFF COMPUTER (menghidup dan mematikan)  (atas)

            Untuk menghidupkan komputer, perkara pertama yang harus dilakukan ialah memastikan semua sambungan elektrik telah terpasang. Kemudian tekan suis komputer dan tunggulah sehingga komputer sedia untuk digunakan.

            Sekiranya berlaku keadaan tergendala (hang) tekan butang kecil di bawah suis komputer (butang reset, untuk memulakan semula. Atau dengan cara lain, apabila berlakunya tergendala, tekan kunci CTRL + ALT + DEL secara serentak sekali, dan satu menu akan dipaparkan.

 

Biasanya program yang di dalam keadaan hang akan diketahui melalui perkataan Not Responding di senarai program pada menu senarai program. Klik pada End Task, dan kemudian klik End Task sekali lagi untuk menamatkan program yang hang.

            Menekan kunci CTRL + ALT + DEL dua kali akan menyebabkan komputer anda melakukan proses Restart. Sekiranya anda menekan butang reset atau menekan kunci CTRL + ALT + DEL dua kali, proses Scandisk akan dilakukan semasa hendak memasuki windows.

Untuk mematikan komputer, pergi ke Start menu Program, pilih shut down. Dan tekan OK. (seperti dalam rajah di bawah)

 

            

 START MENU PROGRAM (atas)

            Apabila anda menghidupkan komputer anda, dan apabila komputer tersebut sudah bersedia untuk digunakan, anda akan dapat melihat satu pergerakan pada Task Bar, perkataan yang berbunyi “Click here To Start” dan ada anak panah yang menunjuk ke arah satu perkataan "Start". Itu lah yang di namakan sebagai Start Menu Program. Apabila di Klik, ia akan memaparkan menu seperti di atas, dan apabila hendak membuka mana-mana program, anda hendaklah mengarahkan tetikus anda kepada perkataan Program dan satu menu seperti di bawah ini akan di paparkan.

 

Start menu program juga boleh dipaparkan apabila anda menekan kekunci yang mempunyai simbol "windows" di papan kekunci anda. Tekan kunci tersebut sekali lagi atau tekan butang ESC untuk menghilangkannya.

5. KEYBOARD (papan kekunci). (atas)

            Papan kekunci merupakan satu set kekunci yang mana di atasnya terletak pelbagai aksara termasuklah huruf A-Z, angka 0-9, dan bermacam-macam kekunci yang lain lagi. Fungsinya lebih kurang sama seperti sebuah mesin taip, di mana papan kekunci ini digunakan untuk menaip dan memasukkan data ke dalam komputer.

                 

           Papan kekunci mempunyai pelbagai fungsi. Kekunci huruf dan nombor amat biasa digunakan. Selain itu, pada papan kekunci terdapat beberapa function key (kunci fungsi) iaitu kekunci yang di mulakan dengan huruf F, seperti F1, F2, F3, F4 dan seterusnya. Kunci-kunci ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.

 

MOUSE (Tetikus)  (atas)

                                                       Tetikus mempunyai banyak kegunaan. Sebelum wujudnya tetikus, papan kekunci digunakan. Namun setelah wujudnya tetikus, kerja dapat di jalankan dengan lebih cepat dan effektif. Tetikus dapat memudahkan kerja-kerja yang dijalankan. Di sini ada disenaraikan beberapa fungsi tetikus.

i.                     i.                     Pointing (Untuk menunjuk.)

Cuba gerakkan penunjuk tetikus ke mana-mana arah di skrin komputer anda. Anda akan melihat pergerakkan anak panah dan tunjuklah pada mana-mana bahagian yang anda inginkan.

ii.                   ii.                   Click (Klik)

Cuba gerakkan anak panah pada skrin paparan anda dan tunjukkan ke ikon My Computer dan cuba klik sekali. Perhatikan apa yang berlaku. Ikon My Computer tersebut akan bertukar warna. Ataupun, gerakkan anak panah pada ikon My Computer sekali lagi, dan klik pada bahagian sebelah kanan butang tetikus. Satu pop menu akan di paparkan. Untuk menghilangkan menu tersebut, larikan anak panah dari bahagian tersebut dan klik tetikus sebelah kiri sekali.

Papan kekunci juga boleh digunakan untuk menjalankan proses ini dengan menggunakan butang Tab. Cuma ianya akan memakan masa.

iii.                  iii.                  Double Click (Dua kali Klik)

Dengan menekan tetikus pada bahagian sebelah kiri dua kali, program akan di buka. Sila klik Ikon My Computer dua kali. Dan perhatikan apa yang akan berlaku. Satu window (tetingkap) akan di buka. Seperti dalam rajah di bawah. Sila perhatikan apa yang dipaparkan. Dalam my Computer ini, akan dipaparkan semua Drive yang ada seperti Drive A (Floppy A:) (untuk Disket) Drive C (untuk hard disk) dan Drive D (untuk CD).  Klik pada simbol pangkah (X) untuk menutup window. Atau tekan kunci ALT bersama kunci F4 .

 iv.                 iv.                 Drag and Drop (Seret dan lepaskan)

Fungsi drag and drop ini adalah untuk memindahkan sesuatu Ikon atau apa sahaja (termasuklah tetingkap) yang kita pilih ke tempat yang lain.contohnya untuk menyusun semula Ikon kepada susunan yang anda sukai.

Pertama sekali klik tetikus sebelah kanan pada mana-mana bahagian pada skrin  desktop komputer anda. Pilih pada Arrange Icons, dan satu menu akan di paparkan seperti di bawah ini:

klik pada Auto Arrange. Dan anda boleh mulakan menyusun Ikon-Ikon mengikut susunan yang anda suka. Jika anda ingin menyususan Ikon-ikon tersebut berdasarkan Nama, jenis, saiz atau tarikh, sila klik pada salah satu menu yang terdapat dalam gambar di atas. Ikon-ikon pada komputer tersebut akan di susun mengikut susunan yang anda pilih.

DEDESKTOP

            Desktop merupakan skrin paparan pada sesebuah komputer. Seperti dalam rajah. Paparan pada desktop ini adalah bergantung pada pengguna sesebuah komputer untuk mengubahnya.

 

Untuk mengubah paparan pada desktop, klik sebelah kanan tetikus pada mana-mana bahagian skrin desktop komputer anda. Menu yang sama seperti tadi akan dipaparkan.

                                                                                                                                                 

 

teRima KAsih...JUmpa LAgi..ada masalah email Kpd..sirkarami@yahoo.com