index

 welcome       sejarah komputer       bahasa isyarat        biodata       hobi

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI GE1153 SESI 2007/2008

BAHASA ISYARAT

 

 

Pengenalan

 

Sejarah bahasa isyarat telah pun bermula sejak kurun ke-16 lagi di barat. Pada tahun 1755, Abbe’ de L’Epee telah menubuhkan sekolah untuk kanak – kanak pekak yang pertama di paris. Kemudian Laurent Clerc yang merupakan pelajar di sekolah kanak – kanak pekak tersebut telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan menubuhkan ’American School for the deaf ’ yang sseterusnya berkembang menjadi ’Gallaudet University ’.

 

BIM(Bahasa Isyarat Malaysia) ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima oleh Orang Pekak Malaysia secara meluas. Dengan menggunakan BIM, Orang Pekak mampu berbincang pelbagai isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua Orang Pekak serta memberi kesan pemahaman yang baik kepada antara satu yang lain. Selain itu, BIM ini juga mempunyai peraturan untuk digunakan dan tatabahasa tersendiri. BIM ini diwujudkan secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh seorang sahaja.

 

KTBM(Kod Tangan Bahasa Melayu) ini bukan sesuatu bahasa umum tetapi merupakan salah satu cara komunikasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang baku. Dengan kata lain, KTBM digunakan apabila berlakunya terjemahan daripada lisan (suara) kepada visual (tangan) dalam tatabahasa Bahasa Melayu. KTBM ini tidak memberi kesan yang baik dan melambatkan lagi komunikasi antara dua Orang Pekak. Bukan sahaja KTBM tidak dapat memberi gambaran dan maksud kepada Orang Pekak, tetapi juga menyebabkan Orang Pekak tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Apabila KTBM digunakan, kebanyakan Orang Pekak mengalami kekeliruan apabila berkomunikasi dalam KTBM.

 

ASL(America Sign Language – Bahasa Isyarat Amerika) ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Amerika. ASL merupakan bahasa tersendiri di Amerika. ASL digunakan secara umum oleh Orang Pekak Amerika. Sesungguhpun, setengah-tengah isyarat yang dilihat di Malaysia mempunyai persamaan dengan isyarat digunakan Amerika, itu tidak bermaksud kita menggunakan ASL tetapi menggunakan isyarat sahaja. Dengan kata yang lain, cara Orang Pekak Malaysia menggunakan isyarat tidak sama dengan cara Orang Pekak Amerika. Cara Orang Pekak menggunakan isyarat itu sebenarnya ialah BIM dan bukan ASL.

Jika dulu, mungkin dianggap sebagai ASL. Tetapi waktu didedahkan ASL sudah lama berlalu dan ASL di Amerika sekarang sudah mengalami perubahan dalam penggunaan dan tatabahasa ASL serta pertambahan perbendaharaan yang baru. Jadi, kita sudah ketinggalan jauh, maka ASL yang digunakan oleh Orang Pekak Malaysia pada masa dulu sudah kehilangan ketulenan ASL yang sebenar. Pada masa itulah, BIM diwujudkan secara spontan.

 

Definisi

 

Bahasa isyarat ialah bahasa yang menggunakan komunikasi manual (tangan) selain daripada bunyi dan suara untuk menyampaikan maksud. Komunikasi ini menggabungkan bentuk tangan, orentasi dan pergerakan tangan, lengan, badan, dan eks presi muka untuk menyampaikan isi hati penyampai.

 

Bahasa isyarat ialah kaedah berkomunikasi yang digunakan oleh golongan bermasalah pndengaran (Ling, 1989). Menurut Clark (1999), bahasa isyarat ialah satu kaedah komunikasi yang menggunakan simbol – simbol tanpa menggunakan ssuara atau dikenali sebagai ’non – verbal communication’. Simbol – simbol yang digunakan boleh merupakan pergerakan tangan dan anggota badan yang lain, mimik muka, gambar, simbol – simbol atau isyarat yang mempunyai makna tertentu dan boleh difahami oleh kedua – dua pihak iaitu penutur dan penerima.

 

 

 

Kelebihan Berkomunikasi Menggunakan Bahasa Isyarat

 

Antara kelebihan komunikasi menggunakan bahasa isyarat ialah dapat mengelakkan risiko kelambatan perkembangan bahasa bagi kanak – kanak pekak dan bisu. Masalah terutamanya bagi kanak – kanak yang cacat pendengaran ialah perkembangan proses menguasai bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Mengikut kajian sebanyak 90% daripada jumlah kanak – kanak yang mengalami masalah cacat pendengaran di dalam keluarga. Ini menjadi faktor kanak – kanak tersebut mempunyai masalah untuk mempelajari bahasa komunikasi yang biasa digunakan dan ini akan membantutkan proses perkembangan kanak – kanak tersebut. Dengan adanya bahasa isyarat, kanak – kanak tersebut dapat dibantu dalam proses menguasai bahasa dan berkomunikasi.

 

Selain itu, komunikasi menggunakan bahasa isyarat dapat mengembangkan keupayaan mental. Terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa pengguna bahasa isyarat dan orang yang mengalami masalah cacat  pendengaran adalah lebih hebat dalam perkembangan dan memanipulasi mental. Mark Marschark, penyelidik di Rochester Institute of Technology for the Deaf, menyatakan orang bermasalah cacat pendengaran dapat membayangkan huruf “N” dan memusingkan sebanyak 90 darjah dengan lebih cepat berbanding dengan orang yang normal.

 

Selain itu, bahasa isyarat juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan bayi. Antaranya ialah mereka kurang mengalami tekanan dan dapat mengekspresikan perasaan dan kehendak mereka dengan menggunakan bahasa isyarat ketika mereka tidak tahu bercakap. Ini menyebabkan  mereka kurang menangis. Ini telah dibuktikan oleh penyelidik sekiranya komunikasi bahasa isyarat yang diajarkan di peringkat bayi.

 

Antara lain, bayi yang diajarkan beberapa simbol bahasa isyarat yang mudah, bukan sahaja  lebih cepat bercakap tapi juga dapat menguasai kebolehan membaca dengan lebih cepat.  

 

Kelemahan Berkomunikasi Menggunakan Bahasa Isyarat

 

Terdapat pelbagai jenis bahasa isyarat yang digunakan oleh individu bermasalah pendengaran. Kepelbagaian ini disebabkan oleh latar belakang individu bermasalah pendengaran dan budaya persekitaran kehidupan mereka. Disebabkan keadaan sedemikian, isyarat – isyarat yang dihasilkan berbeza antara seseorang penutur dengan penutur yang lain (Abdullah Yusoff, 1994)

 

Setiap kanak – kanak yang bermasalah pendengaran mempelajari bahasa isyarat memerlukan tenaga pengajar yang mahir. Oleh itu pengajar juga memerlukan latihan yang khas dalam bidang bahasa isyarat. Di malaysia, untuk membolehkan seseorang itu menjadi tenaga pengajar dalam bidang bahasa isyarat , mereka perlu menjalani latihan khas dalam mempelajari bahasa isyarat. Selain itu, bagi keluarga yang mempunyai kanak – kanak atau ahli keluarga yang mengalami masalah pendengaran atau bisu, mereka perlu juga mempelajari bahasa isyarat untuk membolehkan nereka berkomunikasi dengan ahli keluarga atau kanak – kanak yang bermasalah pendengaran atau bisu.

 

Selain itu, penggunaan bahasa isyarat juga mempunyai kelancaran berkomunikasi yang terbatas. Ini disebabkan komponen yang diperlukan untuk menggunakan bahasa isyarat ialah gerakan tangan, lengan dan ekspresi muka. Jika dibandingkan dengan komunikasi menggunakan percakapan normal iaitu dengan menggunakan suara, bahasa isyarat mempunyai batasan kelancaran untuk berkomunikasi dari segi kepantasan dan penerimaan maksud yang ingin disampaikan. Kemungkinan boleh berlaku salah faham ketika berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat yang melibatkan penggunaan simbol – simbol dan gerakan tangan yang banyak dan rumit.

 

 Malah, halangan utama murid – murid bermasalah pendengaran ialah untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam masyarakat kerana mereka menggunakan isyarat tangan. Ini adalah kerana tidak ramai yang dapat memahami simbol – simbol yang digunakan. Komunikasi yang terhad ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa. Ia memberi kesan terhadap tahap pencapaian akademik di kalangan murid – murid bermasalah pendengaran.

 

Dari segi akademik, Abdullah Yusoff (1995), juga menyatakan murid – murid bermasalah pendengaran atau bisu yang menggunakan bahasa isyarat sebagai medium untuk berkomunikasi amat sukar menulis atau menghasilkan sesebuah karangan. Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat menyatakan idea dalam struktur nahu ayat Bahasa Melayu, sedangkan semasa perbincangan mereka dapat menyatakan idea dalam bahasa isyarat.  Selain itu, terdapat perbezaan aspek penekanan kepada struktur bahasa isyarat iaitu bahasa isyarat mengutamakan unsur semantik tanpa terikat dengan tatabahasa Bahasa Melayu, sedangkan Bahasa Melayu  keterikatan tatabahasa menentukan semantik. Mereka juga mengalami kesukaran membuat pemilihan perkataan untuk dimasukkan ke dalam ayat terutamanya perkataan yang membabitkan imbuhan.

 

Kajian – kajian di luar negara pula menyatakan bahawa seasa murid – murid bermasalah pendengaran berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, merka tidak mementingkan unsur – unsur seperti imbuhan dan ’tenses’. Seringkali, ayat – ayat yang digunakan semasa bertutur akan diturunkan dalam bentuk ayat semasa membuat penulisan. Hal ini menyebabkan ayat – ayat yang dihasilkan oleh kumpulan ini tidak menepati struktur dan tata bahasa bahasa Inggeris. Hal ini sering menyumbang kepada masalah pencapaian akademik yang rendah di kalangan murid – murid ini. (Kirk, Gallagher & Anastasiow, 1997).

 

Murid – murid bermasalah pendengaran selalunya mengisyaratkan sesuatu ayat mengikut perkataan demi perkataan. Hal ini menyebabkan pemahaman mereka juga mengikut perkataan demi perkataan. Sesetengah ayat berbentuk akademik harus difahami mengikut konteks yang bukannya mengikut perkataan demi perkataan. Ayat – ayat kiasan seperti ”i ran like the wind” adalah sukar untuk difahami oleh murid – murid  bermasalah pendengaran kerana isyarat mereka tidak dapat membantu pemahaman ayat – ayat tersebut mengikut konteks (Kirk et. Al., 1997).

 

Cadangan Dan Rumusan

 

            Bahasa isyarat adalah alat atau medium bagi individu yang mengalami masalah pendengaran atau bisu untuk berkomunikasi. Bagi memahami maklumat atau isi hati yang disampaikan oleh si penyampai  melalui bahasa isyarat, penerima juga haruslah mempunyai pengetahuan mengenai simbol – simbol yang digunakan dalam komunikasi bahasa isyarat itu sendiri. Jadi, adalah digalakkan jika individu yang normal juga mempelajari bahaa isyarat sebagai bahasa tambahan. Selain itu, di kelas – kelas biasa juga patut di masukkan satu mata pelajaran bahasa isyarat sebagai menyokong individu normal mempelajarinya. Jika ini dilaksanakan, makatidak menjadi masalah kepada individu yang mengalami masalah pendengaran tau bisu untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling.

 

            Keseluruhannya, bahasa isyarat adalah amat penting kepada individu yang bermasalah pendengaran atau bisu atau kedua – duanya. Ini kerana bahasa isyarat adalah bahasa atau alat berkomunikasi bagi mereka. Namun begitu, terdapat juga kelemahan – kelemahan berbahasa isyarat di samping kelebihan bahasa isyarat itu sendiri.

 

 

teRima KAsih...JUmpa LAgi..ada masalah email Kpd..sirkarami@yahoo.com